Friday, October 23, 2015

Kami Tolong Fotostat, Kemudian Kami Edar

Servis terbaru daripada kami, terutamanya kepada pelanggan-pelanggan yang berbisnes dari jauh, luar negeri Johor dan bercadang untuk membuat promosi di Johor.

Mulai NOVEMBER 2015 yang semakin hampir ini, kami telah menambah satu lagi servis fotokopi untuk pelanggan terutamanya dari luar Johor. Anda pasti dapat menjimatkan :

1. Kos penghantaran flyers melalui Poslaju, kurier atau pun pos biasa
2. Menjimatkan masa, tidak perlu menunggu lama flyers yang dihantar / dikurier kepada kami telah sampai 
3. Menjimatkan tenaga, tidak perlu hantar kepada kami hingga ke muka pintu

Apa yang anda perlu lakukan hanya menghantar / emel satu fail yang mengandungi maklumat flyers yang hendak diedarkan, membuat pembayaran secara online/pindahan wang dan apabila siap, flyers itu terus dihantar ke destinasi yang telah ditetapkan.

Spesifikasi output fotostat :

Hitam di atas kertas putih : Saiz A4 atau separuh A4

Hitam di atas kertas warna : Saiz A4 atau separuh A4

Minimum order = 1000 keping sama ada Saiz A4 atau Separuh A4





2 comments:

Tuah Jumie said...

Tak paham,,Buat perkhidmatan tapi tak letak no.telifon...,,Macam mana orang nak hubungi..?

SERVIS MENGEDAR FLYERS said...

En. Tuah Jumie, dalam Blog utama terang-terang dah disediakan nombor telefon. Sila rujuk semua ye.