Kami menyediakan perkhidmatan mengedar / menghantar "flyers" / risalah / Flyers Distribution Service dengan harga yang amat berpatutan bagi kawasan perumahan di Senai, Kulai, Skudai, Larkin, Tampoi, Johor Bahru, Gelang Patah dan Nusajaya
Friday, July 25, 2008
Info Berkaitan Flyers (Dalam Bahasa Inggeris)
Advertising medium that is usually a single, standard-size (8l/20 3 110) page printed on one or both sides with an advertising message; also, flyer. Fliers are most often used in direct-mail advertising and as handbills given to customers by local retailers. In direct mail, they often accompany a formal letter to expand information in the letter. For the local retailer, fliers offer market coverage at low cost with little waste and good flexibility.
A flyer (also spelled flier[1] or called handbill) is a single page leaflet advertising a nightclub, event, service, or other activity. Flyers are typically used by individuals or businesses to promote their products or services. Usually bought in batches of 5000 units and are a form of mass marketing or small scale, community communication.
Flyers are handed out on the street (known as 'flyering'), posted on bulletin boards, or given away at events. Bulletin boards are found on college campuses, in cafes, community meeting houses, laundromats and small markets.
Flyers, along with postcards, leaflets and small posters, are vital and free forms of communication for people who want to engage the public but do not have the money or desire to take out classified advertising in a local newspaper. However, as marketing became more direct in the late 1980s and 1990's, flyers have evolved and currently there are many formats to be found. Some examples are:
A4 (letterhead size)
A5 (half letterhead size)
DL (compslip size)
A6 (postcard size)
CC (credit card size)
Cheap to produce, flyers are usually produced in 300gsm glossy card (whereas a leaflet is produced on a 130gsm/170gsm weight paper) and are a very effective form of direct marketing.
Their widespread use intensified with the spread of desktop publishing systems. In recent years, the production of flyers through traditional printing services has been supplanted by Internet services; customers may send designs and receive final products by mail. Flyers range in tone from humorous to irreverent or absurd.
The Craigslist website is a web-based system that mirrors the sort of community communication that occurs via flyering and bulletin boards.
Recently, flyposting (pasting flyers to walls) has been banned in many places, causing concern among media activists and ordinary citizens. However, citizens concerned with the appearance of urban neighborhoods support the ban.
San Francisco has a long history of flyering. The first flyer company was The Thumbtack Bugle which has been around for over twenty five years. Haight Street is very popular for postering on telephone poles.
Flyers have become an integral aspect to the Edinburgh Fringe, where flyers are handed to people on the Royal Mile.
Brighton, in England, has recently outlawed 'flyering' - making it necessary to acquire a license from the local council if a person or organisation wishes to distribute flyers.
[edit] References
^ Although not in common usage, the AP Stylebook recommends "flier" as the appropriate term for a handbill.
Tuesday, July 22, 2008
HARGA KAMI MASIH TERENDAH DI PASARAN !!! 6 SEN SEKEPING FLYERS
Sila BANDINGKAN Harga Kami dengan harga yang ditawarkan oleh penyedia-penyedia perkhidmatan seperti kami. Mereka mengecas 10 SEN sekeping.
Kami, maksimum 6 SEN sekeping dan ditawarkan diskaun lagi hingga serendah 4.5 SEN sekeping (tertakluk kepada kuantiti flyers).
Bukan itu sahaja, dapat tapak iklan di portal mini iklan kami, jom-iklan.blogspot.com dengan PERCUMA !!!
Masih ada lagi yang mengatakan caj servis kami TERLALU MAHAL? atau sudah beralih kepada "TERLALU MURAH" ?
Jangan tersalah membuat keputusan, mengiklan merupakan satu pelaburan pemasaran jangka panjang bagi perniagaan anda. Anda tidak akan RUGI jika mengiklan. Iklanlah secara berhemah dan dapatkan kos yang terendah.
Iklan melalui edaran flyers cukup rendah bukan? Jangan terlambat. Orang lain akan mendahului anda walau anda terlambat 1 hari hatta 1 jam pun anda akan tertinggal di belakang.
Monday, July 7, 2008
Sunday, July 6, 2008
Harga Servis Kami (terkini!!!) updated 7 July 2008 / Our Price List (Latest!!!)
5,000 unit dan ke bawah – RM0.06 setiap unit (5,000 unit pertama)
5,001 hingga 10,000 unit – RM0.05 setiap unit (5,000 unit kedua)
10,001 hingga 20,000 unit – RM0.045 setiap unit (10,000 unit seterusnya)
20,001 unit dan ke atas – harga boleh dirunding
Caj tambahan minyak : Antara RM20 hingga RM50 (sekali caj bagi satu edaran)
Kadar adalah pelbagai mengikut jarak kawasan daripada pusat perniagaan kami di Kulai.
Friday, July 4, 2008
Mengapa Edar Flyers? / Why distributing flyers?
Tujuan mengiklan secara edaran flyers :
a) untuk memberitahu kewujudan perniagaan / produk / servis baru
b) untuk memaklumkan perpindahan ke premis baru / buka cawangan baru
c) untuk menyampaikan maklumat-maklumat promosi atau jualan murah
d) untuk menarik perhatian bakal-bakal pelanggan baru
e) untuk mengekalkan pelanggan-pelanggan sedia ada
Soalan-soalan Biasa (Frequently Asked Questions FAQ)
Soalan 1
Bagaimana saya nak pastikan awak hantar, entah-entah awak tak hantar tapi bagitau dah hantar. Dah la saya kena bayar dulu, baru kerja dijalankan.
Jawapan : Kami adalah perniagaan yang berdaftar dan bekerja secara profesional. Ini adalah sebagai menjaga nama baik dan hubungan baik dengan pelanggan (pengiklan) kerana kami berfikiran jauh ke hadapan dan ingin menjalinkan kerjasama perniagaan bagi jangka panjang. Jika memerlukan bukti, kami boleh menyediakan bukti bergambar dengan mengambil gambar foto nama-nama jalan, kawasan perumahan dengan kamera digital dengan paparan tarikh dan masa.
Soalan 2
Betul ke dah hantar? Saya dah telefon kawan saya di taman tu, dia kata tak dapat pun. Macam mana ni?
Jawapan : Kami telah berusaha sedaya upaya untuk menghantar bagi setiap unit rumah di sesebuah taman perumahan. Ada kemungkinan ia terlepas pandang, maknanya rumah tersebut terlepas daripada sasaran penghantaran. Ada juga kemungkinan flyers telah dihantar, mungkin telah diambil oleh orang lain atau kanak-kanak untuk dibuat main. Kemungkinan juga telah diambil dan dibawa masuk ke dalam rumah oleh salah seorang anggota keluarga tetapi anggota keluarga yang lain tidak tahu. Untuk pengesahan yang lebih tepat, adalah lebih baik telefon dan bertanya kepada jiran-jiran berdekatan yang telah menerima flyers tersebut.
Soalan 3
Kenapa waktu hujan tak nak hantar? Hujan tu bukan masalah saya, itu masalah awak. Awak patut hantar sebab kami dah bayar.
Jawapan : Sebenarnya ini bukan kes kami "malas" atau "mencuri tulang" apabila hujan. Sebenarnya kami amat menitikberatkan soal keberkesanan flyers itu sendiri. Jika hujan, sudah pastilah flyers tersebut basah. (Kami tidak pula menyediakan sampul plastik untuk flyers, ini sudah pasti meningkatkan kos!). Kadangkala, apabila kami lihat keadaan cuaca yang tidak menentu dan ada kemungkinan hujan dalam waktu sejam atau setengah jam dari masa penghantaran, kami tidak meneruskan penghantaran. Ini adalah lebih baik daripada flyers yang basah, seterusnya rosak, koyak dan sudah pastilah akan "ditongsampahkan" oleh penerima.
Soalan 4
Betul ke awak dah hantar ni? Takda sorang pun telefon saya lagi. Takda feedback langsung!
Jawapan : Tugas kami yang berbayar adalah untuk mengedar flyers. Kami tidak bertanggungjawab untuk memastikan penerima flyers menelefon atau menghubungi pengiklan selepas mereka membaca flyers tersebut. Ini sewajarnya jelas pada persetujuan awal semasa melanggan servis kami. Sekadar berkongsi info, sebenarnya penerima flyers bukanlah 100% akan berminat dengan produk/perkhidmatan kita seperti di dalam flyers. Contohnya, flyers McDonald yang mempromosi Sundae Cone berharga 50 sen pada setiap 1 hari bulan setiap bulan, bagi pembaca yang memang berminat, sudah pastilah mereka menghubungi atau terus pergi ke McD untuk mendapatkan produk tersebut. Tapi bagaimana pula bagi flyers yang mempromosikan pakej pelancongan dalam negeri, sedangkan seluruh famili bagi sebuah rumah itu tidak berminat untuk melancong atas sebab-sebab yang diketahui oleh mereka sendiri. Secara mudahnya, pembaca flyers akan menghubungi atau mengunjungi premis pengiklan apabila berlakunya "matching" atau pemadanan di antara APA YANG DITAWARKAN dengan APA YANG DIMINTA ATAU DIPERLUKAN. Konsep yang mudah bukan?
Soalan 5
Kenapa ada jumlah minimum 1000 keping baru boleh hantar? Saya ada 300 keping flyers, takan tak boleh hantar. Sama aja kan?
Jawapan : Tak sama. Kos pengedaran dibanding dengan jumlah bayaran yang kami terima tidak setimpal. Dengan perkataan lain, tidak berbaloi dan menguntungkan. Sebagai sebuah badan perniagaan, keuntungan harus diambilkira. Lainlah jika pelanggan sanggup membayar harga yang lebih untuk jumlah yang kurang daripada 1000 keping. Tambahan pula secara logiknya, kaedah pengiklanan secara flyers ini memang melibatkan jumlah helaian yang banyak, bunyinya ribu-ribu. Kebiasaannya respon atau kunjungan serta maklum balas daripada pembaca flyers dalam lingkungan 2%-5% daripada jumlah keseluruhan flyers yang kita edar. Ini pun dah cukup baik! Seperti anak ikan, yang asalnya dari telur yang beribu-ribu, akhirnya yang betul-betul hidup sebagai ikan biasanya bukan 100%. Hanya flyers yang betul-betul menawarkan sesuatu yang amat berharga atau menarik yang pasti mendapat respon atau hits yang tinggi. Ambil saja contoh bayaran rebat petrol di pejabat pos, beratur panjang dari pagi untuk mendapatkan rebat subsidi. Tak payah iklan pun ramai yang dah serbu pejabat pos awal-awal lagi.
Soalan 6
Kenapa awak hantar flyers saya dengan flyers orang lain. Campur-campur, saya nak flyers saya aja dihantar. Orang lain punya awak hantar asing-asing lah
Jawapan : Sekali lagi ia adalah soal perniagaan. Inilah perniagaan kami dan kami membuat keuntungan daripada perniagaan ini. Sebenarnya kita kena lihat secara positif apabila flyers bercampur-campur daripada pelbagai syarikat. Pembaca akan menerima banyak flyers dan akan memilih dan kemungkinan juga membaca semua flyers yang ada tidak kira warna, jenis kertas dan sebagainya. Hakikatnya, isi kandungan sesuatu flyers itu adalah penting bagi menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan dan berfikir sama ada berminat atau tidak. Walaupun begitu, kami tidaklah menghimpunkan sebanyak mungkin flyers untuk dihantar sekaligus. Mungkin maksimum 5 syarikat perniagaan saja bagi sekali edaran. Nanti tebal pula flyers tu dan memenuhi ruang peti surat rumah pembaca.
Soalan 7
Kenapa kami kena bayar dulu (in advance)? Kerja pun belum buat lagi, dah kena bayar.
Jawapan : Kami menjalankan perniagaan ini bukan berseorangan. Ada pekerja-pekerja yang perlu diberi upah dan banyak kos-kos lain yang akan terlibat. Dengan adanya tunai di tangan, segala belanja dapat dilunaskan secara berkesan tanpa masalah.