"Flyers " atau risalah adalah salah satu alat pemasaran dan pengiklanan Ia merupakan kaedah pemasaran dan pengiklanan terhebat bagi perniagaan anda. Untuk tujuan promosi, sebagai contoh, flyers amat meluas digunakan. Tidak hairanlah jika setiap hari peti surat di rumah anda, ataupun di lantai halaman rumah terdapat banyak flyers yang diedarkan daripada pelbagai syarikat perniagaan. Malah, syarikat-syarikat besar dan gergasi juga tidak melupakan kaedah yang dianggap konvensional dan kecil-kecilan ini digunakan bagi mendapatkan perhatian para pelanggan dan bakal pembeli. Antaranya adalah seperti Giant, Econsave, McDonald, ejen-ejen Telekom Malaysia, pemaju-pemaju perumahan dan lain-lan lagi. Kos flyers hakikatnya amatlah murah (bergantung kepada jenis kertas, warna dan kualiti). Paling mudah, fotostat saja. Tapi perlu dipastikan kos fotostat lebih murah daripada kos mencetak bagi sekeping flyers. Kaedah flyers berkesan dan semua orang berkemampuan untuk mengiklan dengan cara ini. Penyampaian mesej yang jelas di dalam sesuatu flyers akan terus sampai kepada pengguna seterusnya menyerap ke minda mereka. Sama ada mereka tergerak hati untuk membuat keputusan untuk membeli atau tidak adalah bergantung kepada apa keperluan mereka.
Tujuan mengiklan secara edaran flyers :
a) untuk memberitahu kewujudan perniagaan / produk / servis baru
b) untuk memaklumkan perpindahan ke premis baru / buka cawangan baru
c) untuk menyampaikan maklumat-maklumat promosi atau jualan murah
d) untuk menarik perhatian bakal-bakal pelanggan baru
e) untuk mengekalkan pelanggan-pelanggan sedia ada
No comments:
Post a Comment